My Music


Neil Diamond - September Morn Mp3
Musicaddict.com

Wednesday, June 23, 2010

Muhasabah Diri, Menghambakan Diri Kepada Yang Maha Agung

Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini. Seimbangkan antara tanggungjawab sebagai hamba-NYA dan juga tanggungjawab didunia. Sementara masih sihat. Masih mampu berdiri tegap dan mampu kesana kemari. Apatah lagi mampu berfikiran waras serta dapat mengawal emosi. Eloklah diberi keutamaan dalam proses muhasabah diri. Letak diri didalam taraf paling rendah supaya dapat berfikiran dari segenap sudut untuk proses defensif yang paling baik. Duniawi juga penting. Syurgawi lagilah penting. Seimbangkan kedua-duanya kerana ianya adalah tanggungjawab kita sebagai manusia yang dimuliakan. Sementara nyawa dikandung badan, renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah! Merepek!? Aku tidak merepek tetapi sedemikianlah gabungan hati dan fikiran aku setelah beberapa lama mendiamkan diri. Aku cuba mencari semula jalan kebenaran. Semakin hari semakin tenang, semakin hari semakin banyak perkara pelik yang mendatangi aku. Nikmat dari-NYA semakin terasa nyata. Tapi aku rasa tidak cukup hanya merasa sedemikian. Kesempatan ini aku benar-benar menginsafi diri dan perlunya aku memohon keampunan dari semua yang mengenali diri ini sama ada aku pernah termakan dan terminum yang bukan hak aku, tersalah laku dan kata, mungkin juga tak sengaja berdusta, dan juga kepada yang pernah dilukai hatinya. Bagi aku, dosa dengan tuhan mudah untuk aku mengadu dan bermohon secara terus tetapi dosa dengan manusia nampak seperti mudah tetapi sukar untuk dileraikan.

0 comments:

Post a Comment